Saturday 11 October 2014

Niat | Ibadah atau adat

Assalamualaikum. Admin nak share ilmu tentang niat. Niat sangat penting dalam kehidupan seharian. Hanya dengan niat membezakan ibadah dengan adat. Adat adalah perkara yang kita biasa lakukan / perlukan seperi makan minum dan bekerja. Tetapi dalam kitab Riyadhus Shalihin Imam Nawawi menerangkan bahwa adat dengan Niat yang betul (megikut tuntutan Allah dan Rasulullah saw) boleh berubah menjadi ibadah yg mendapatkan pahala.

Sunday 16 September 2012

Tanda-tanda Ajal Tiba

Dalam kitab Zahri Riyadh diceritakan bahawa Nabi Yaakub bersahabat dengan malaikat maut. Suatu hari malaikat maut mengunjunginya. Nabi Yaakub bertanya padanya "Wahai malaikat maut, engkau datang sekadar mengunjungiku atau hendak mencabut nyawaku?" Malaikat maut menjawab "Aku datang hendak berkunjung."

Wednesday 15 August 2012

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA


Ertinya: 
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku
suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam
bara api".

Sunday 22 July 2012

Menutup Aurat


Berkata Rasulullah SAW “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."

Friday 6 July 2012

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA


Ertinya: 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapatmencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
H.R. Muslim