Sunday 22 July 2012

Menutup Aurat


Berkata Rasulullah SAW “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."


Assalamualaikum....

Menutup aurat adalah kewajipan bg Muslimin dan Muslimat.Wajib, wajib maknanya dapat pahala apabila dilakukan dan berdosa apabila ditinggalkan. Aurat bg lelaki adalah dari paras pusat ke lutut. Manakala bg wanita adalah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Islam memberi garis panduan sebenar untuk menutup aurat. Pakaian hendaklah melindungi aurat dari pandangan bukan mahram, mahram ye, bukan muhrim..muhrim tu orang yg memakai ihram. Mahram tu pula orang yg haram dikahwini.

Menutup aurat bukan sahaja menutup anggota aurat semata tetapi menutup BENTUK aurat tersebut dari dapat dilihat bukan mahram. Ramai kita tengok sekarang ni yg menutup aurat tapi tidak sempurna. contohnya bg perempuan tudung yg dipakai terlalu  kecil / nipis. Tudung yang dipakai hanya menutup rambut dan kepala sahaja, tidak menutup bahagian dada. dan baju dan seluar yg dipakai terlalu ketat. Bagi lelaki pula, ramai yang memakai seluar pendek hingga menampakkan lutut dan keatas.

      Bagi kaum lelaki amat mudah untuk menutup aurat. Bagi perempuan tudung hendaklah labuh menutup bentuk leher dan dada. Baju hendaklah labuh at least menutup bahagian punggung (lebih baik panjang sampai ke kaki macam jubah / baju kurung).  Kalau memakai seluar, seluar mestilah yg TIDAK KETAT. Itu sahaja admin dapat kongsi setakat ini. Moga dapat manfaat. bawah ni admin ada gambar yg professor Google beri. Wassalam.



No comments:

Post a Comment