Thursday 22 March 2012

Keburukan & tipu daya dunia

Assalamualaikum,


di sini saya nak share something, share supaya kita semua berhati-hati...berhati-hati dgn dunia. bukan tinggal terus, tapi berpada-pada dan bersederhana...
bersederhana dengan mengambil dunia...bg saya depends pada kekuatan iman dan taqwa seseorang, sama ada dia boleh terus beriman setelah menerima "dunia". dunia yg saya maksudkan harta-benda etc
mari kita fikirkan.

Rasulullah saw bersabda:
"Dunia ini penjara orang mukmin, juga Syurga bagi orang kafir."

"Siapa lebih menyukai dunianya, dia meremehkan Akhiratnya. Siapa lebih menyukai Akhiratnya, tentulah meremehkan dunianya. Pentingkan yang kekal di atas yang Fana"

"Jangan engkau sibukkan hatimu mengingati dunia!"

"Kalau kau tahu apa yang ku tahu, tentu kau akan sedikit tertawa dan banyak menangis, tentu kau meremehkan dunia dan mementingkan Akhirat"

"Sepeninggalanku, sungguh akan datang dunia memakan imanmu bagai api membakar kayu"

"Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafikan dalam hati bagaikan air menumbuhkan sayuran."


doooiiiitt


Pada Zaman Rasulullah, Rasulullah boleh menerima pabila Saidina Abu Bakar hendak menyerahkan segala hartanya pada Jalan Islam.
dan pada peristiwa lain pula, Khalid al-Walid, panglima Islam yang gagah pernah cuba untuk mendermakn juga seluruh hartanya tapi ditolak Rasulullah. Sebab baginda tahu 'level' iman Saidina Abu Bakar. saya pernah dgr ceramah ustaz kazim, beliau kate Rasulullah pernah menggambarkan iman saidina abu bakar...jika dikumpulkan iman seluruh umat Rasulullah, dan dibandingkan dengan iman saidina Abu bakar, lebih lg iman saidina abu bakar.

Rasulullah saw bersabda:
"Aku lihat Syurga kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di Neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita."

"hadiah orang mukmin di dunia adalah kefakiran."

"Seseorang itu menurut agama temannya. Maka lihatlah salah seorang kamu dengan siapa is berteman"

"Siapa yang menghormati orang kaya kerana kekayaannya, hilanglah dua pertiga agamanya"

tak salah jadi kaya...den kayo dan sebagainya..asalkan dapat mengawal agar tak terjerumus melakukan perkara yg dimurkai Allah....semoga kita berjaya di dunia dan akhirat...wassalam 

No comments:

Post a Comment