Saturday 28 April 2012

Peribadi mulia - Saidina Umar Al Khattab ra


Diceritakan oleh anaknya iaitu Abdullah bin Umar ra:" Pada suatu hari Saidina Umar Al Khattab ra. telah pergi ke kebunnya untuk melihat buah-buah tamar yang hampir masak. 


Dia telah terlambat dalam perjalanan pulang bila dia sampai di masjid, orang ramai baru saja selesai mendirikan solat fardu Asar.


Beliau kesedihan dan menyesal seraya berkata:"Innalillahi Wa inna Ilaihi Raji'un! Sesungguhnya aku telah terlepas sembahyang Asar berjemaah maka aku bersumpah dan kamu semua menjadi saksi bahawa pada hari ini aku sedekahkan kebunku itu untuk sekalian fakir miskin sebagai kaffarah atas apa yang telah aku lakukan (terlambat sembahyang fardu Asar)!".


bukan itu sahaja....


Deceritakan bahawa pada suatu hari Saidina Ali ingin bertemu dengan khalifah iaitu Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra. Beliau meminta izin untuk masuk di kala itu khalifah sedang menuliskan nama-nama petugas dalam kerajaannya dan disebelahnya dinyalakan lampu minyak.


Maka bila mana Saidina Ali masuk,khalifah terus bertanya:"Kamu datang ini dikeranakan urusan kamu ataupun urusan umat muslimin?"Beliau terkejut seraya bertanya:"Mengapa kamu bertanya sedemikian wahai khalifah?"Jelas khalifah:" Kalau kamu datang dikeranakan urusan masyarakat Islam maka aku akan biarkan lampu minyak ini menyala. Akan tetapi jika kamu datang dikeranakan urusan peribadi kamu, maka ini adalah kepunyaan umat Islam jadi aku tidak mahu menggunakannya selain untuk kepentingan mereka sahaja!".


begitu teliti Saidina Umar melaksanakan tugas dan tanggungjawab..begitu amanah...agar dia selamat di akhirat kelak....
kalaulah pemimpin2 skang mcm tu jgk...maka aman, makmur dan majulah kite...


wassalam....

No comments:

Post a Comment