Wednesday 4 April 2012

Sunat Ab'ad


Assalamualaikum...

sebelum ni ade habaq \semua tntg rukun dalam solat....sekarang admin nak kongsi tentang sunat ab'ad dan sunat haiah...benda ni ramai dah tahu...just as refresher for those yang dah tahu...and kalau ade kesilapan minta comment/diperbetul....dan kalau ade yg tertinggal sila tegur...


Sunat ab'ad adalah perkara sunat yg dilakukan dalam solat...samada dilakukan dgn perkataan or perbuatan....pabila tertinggal, tidak membatalkan solat tapi sunat / digalakkan digantikan dgn sujud sahwi pada pendapat imam syafie....

-duduk tahiyat awal

-membaca tahiyat awal

-selawat ke atas Nabi Muhammad saw dlm tahiyat awal

-berdiri untuk membaca doa qunut

-membaca doa qunut


"Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. 
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. 
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. 
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. 
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. 
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. 
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya" 

Itulah yang admin tahu tentang sunat ab'ad....jika meninggalkan salah satu darinya digalakkan buat sujud sahwi pada pendapat imam syafie...
Sujud sahwi di buat SELEPAS membaca TAHIYAT AKHIR dan SEBELUM SALAM....sujud dua kali....dalam setiap sujud baca: 
                                 
                                                سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ
                                 Subhaana man-la yanaamu walaa yashu
                                Ertinya: Maha Suci Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa


tp kalau lupa gak wat sujud sahwi TETAP SAH solat...dah nama pun sunat...tapi benda2 sunat ni untuk menyempurnakan solat...dlm Ibadah kite digalakkan melaksanekan sesempurna yg mungkin....semoga kita semua dalam keredhaan Allah swt....Wassalam


No comments:

Post a Comment