Assalamualaikum...
ari ni admin nak kongsi tentang
khusyuk...khusyuk dlm solat...bkn khusyuk tgk tv or tgk
bola....heheheh
"Khusyuk dlm bahasa (arab) ialah tetap
(anggota), tawaduk (tunduk badan), takut dan merendah diri (kepada
Allah)"
Imam Asy-Syaukaani
Imam Ghazali: Orang yang Sembahyang itu adalah
sedang bermunajat dengan Tuhannya sebagaimana yang terdapat dalam khabar (hadis)
sedangkan percakapan dalam lalai itu bukanlah sekali-kali
dinamakan bermunajat.
Khusyuk dlm solat sgt penting,
kerana sembahyang itu adalah doa, interaksi kita dgn Allah...Allah
berfirman:
Ertinya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang
khusyuk dalam sembahyangnya
(Al-Mukminun: 1-2)
Khusyuk dalam solat ialah mengerjakan
solat dgn memahami apa yang dibaca dan diminta....sebab dlm solat ada byk lafaz
doa.....kita memuji tuhan dan memohon pertolongan......
وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى
ٱلۡخَـٰشِعِينَ
Ertinya: Dan
mohonlah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solat, Dan itu (solat) sungguh
berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk
(Al-Baqarah: 45)
Rasulullah saw bersabda:
"Sebaik-baik sembahyang itu ialah panjang rukuk (berdiri) dan
khusyuk."
(H.R Al Baihaqi menerusi Jabir)
Solat hendaklah dikerjakan
dgn tertib, tenang dan tidak tergesa-gesa....kerana Rasulullah melabel orang
yang tergesa-gesa dlm solat ialah orang yang mencuri dlm solat....kalau melayu
kita kate sembahyang "patuk ayam".....Sabda Rasulullah SAW :
"Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)." (H.R Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)
Maka kite mesti berusaha untuk
mengerjakan solat full 5times a day and as bonus dgn khusyuk...tapi, cmne cara
nak khusyuk tu??? ade byk cara yg ulama2 dan ilmuwan Islam kongsikan dgn
kite...care nak khusyuk dibincang dan ramai yang berpendapat "start" dari
sebelum solat....ni admin nak share antara cara2 nak khusyuk...
-Memakai pakaian yang bersih dan
kemas : yang penting selesa dan tidak berbau...elakkan juga
pakai baju ade gambar terlampau byk....boleh ganggu kekhusyukan kita or jemaah
lain (kalau berjemaah)
-Mengambil wudhuk dengan sempurna:
means pastikan ayaq kene semua anggota wuduk. Imam Ghazali
menggalakkan mengambil wuduk dgn khusyuk. maknanya berharap Allah menggugurkan
dosa kecil2 anggota2 wuduk...
-Sebelum mengangkat takbir, membaca
surah An-Nas, selawat kepada Nabi, Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan
gangguan syaitan.
-Hendaklah memandang ke tempat
sujud.: elakkan dari memandang tempat lain selain tmpt
sujud
-Sembahyang Berjemaah: tak kire di mana saja anda berada, usaha untuk berjemaah...kalo
duk umah bujang ajak member2 jemaah skali...tapi yang paling afdhal ialah di
masjid.
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sembahyang berjemaah itu lebih
afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
(H.R Bukhari dan Muslim)
-Menjaga makanan dan minuman: elakkan
makanan yg haram atau sumbernya haram...even shubhah (yg diragui kehalalannya)
pun cube kite elakkan
-Membanyakkan sedekah kepada fakir
miskin.: kalau mampu buat le...ape
salahnye....
-Jangan solat dgn menahan air besar atau air kecil: makruh solat dlm keadaan ni, menggangu konsentrasi....elok pi buang ape yg patut...baru selesa....
-Jangan solat dlm keadaan lapar dan
dahaga: kalau makanan terhidang, balun dulu....bg mengelakkn
godaan syaitan....nanti dok teringat nasi ayam masak merah....member plak balun
dulu, dlm hati pun "habislah, tinggal ayam kecik2 ja untuk
aku"...Aisyah menceritakan bahawa dia
mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Tiadalah sembahyang (yang sempurna) dikala
makan telah terhidang (di waktu makan), dan tiadalah sembahyang dikala menahani
dua yang keji (air besar dan air kecil)." (H.R Muslim)
-Solat di awal waktu, (melainkan jika
ada majlis ilmu atau majlis zikir): cuba semampu yg boleh
untuk solat awal...kalau tak dapat elakkan solat di hujung
waktu....
-Pastikan tempat sujud tiada gambar
yg boleh menarik perhatian: byk ulama sarankan letak kain
putih kat tempat sujud....supaya tenang tak terganggu...
-Mengingati mati dan anggap itu solat
terakhir dlm hidup kita.: kita sendiri tak tahu bila kita
akan mati..
-sedar kita sedang berhadapan dgn Allah dan tanamkan rasa takut kepadaNya: takut dgn azabNya dan mengharap redhaNya...dgn redha dan rahmatNya, ke syurga kite....
-paham segala bacaan dalam solat
termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir. : cube fahami dgn tgk tafsir bg ayat2 alquran or boleh check buku2 solat....InsyaAllah admin akan cube post akan datang....
-tidak terlalu banyak menggerakkan
anggota dan berpaling semasa dalam sembahyang.
-Memusatkan seluruh ingatan kepada sembahyang.: waktu solat la syaitan kuat menggoda, agar terlalai dan terleka even sejenak...
setan punye koje |
-Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita
sembahyang.: pastikan tempat sunyi....kalau solat depan
tv,tv ON lak tu...memang parah....susah nak fokus...hehehe
sekian dulu....Semoga ilmu yg admin share boleh
improve kualiti solat kita semua dari masa ke semasa....Wassalam
No comments:
Post a Comment