Tuesday 10 April 2012

Menangis Kerana Takut kepada Allah

Assalamualaikum....
admin nak share tentang Taqwa....pada bahasa mudah takut kepada Allah...dan apa yg kita dapat bila kita terlalu takut kepada Allah sehingga mengaliaq ayaq mataq...



Abu-Laits ra pernah berkata:
"Sesungguhnya Allah mempunyai para Malaikat di langit tujuh bersujud sejak Allah menciptakan mereka sampai hari Kiamat. Mereka takut menderhakai Allah. Ketika hari Kiamat mereka mengangkat kepala seraya berkata": "Maha Suci Engkau (Allah). Kami telah menyembah Engkau dengan sesungguhnya."

Firman Allah swt:  

                يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Mereka itu (Malaikat) takut kepada Tuhan di atas mereka dan mereka memperbuat apa-apa yang disuruh." (An Nahl:50)

Ayat atas cerita ketaqwaan Malaikat..tapi kite citer pasal manusia la...
As muslim umum tahu yang Iman dan shahadah adalah kunci masuk ke syurga....
daripada Uthman ra, katanya Rasulullah saw bersabda: 

"Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, maka dia masuk Syurga." (HR Muslim)

TAPI taqwa adalah pelindung kita daripada neraka..
takkan kita nak masuk neraka dulu kot sebelum masuk Syurga, mesti nak straight masuk Syurga kan...so usaha la supaya kita mati dalam keadaan berIman dan berTaqwa....dgn taqwa kita boleh menghalang or menghindari dari melakukan dosa...

Bukan senang nak hindari diri dari dosa...lagi2 kalau orang tak nampak...contohnya puasa...mane la orang tahu kita ni puasa ke dak, hanya Allah dan kita je tau...nak mkn, byk port kot nak balun..itu baru cerita pose...belum lagi dosa2 besar lagi...mcm zina dan sebagainya...


ada 7 golongan yg dapat berlindung dibwh arasy Allah di padang mahsyar kelak, termasuk la orang yang dapat menyelamatkan dirinya daripada godaan wanita cantik menawan lagi hartawan dan bangsawan kerana takutkan Allah s.w.t.
Rasulullah saw bersabda: 
"Api Neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT, Sehingga air susu kembali semula ke buah dada."

betapa tingginya nilai air mata orang yg bertaqwa...takkan tu je kot....ada lagi....
Allah berfirman:

Ertinya: Maka barangsiapa yang derhaka . Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka Sesungguhnya nerakalah tempat diamnya(tempat tinggalnya). Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya."
(an-Nazi'at ayat 37 - 41)

maknanya direct je...takyah nak terang dah....huhu. itulah matlamat kita semua....bukannya selamanya Harimau Malaya...tapi selamanya stay di syurga Allah....

Taqwa tak boleh di warisi, ia tiada di tepian pantai...mcm kenal je ayat tadi...tukar sikit lagu raihan....hehehe.......hebatnya ganjaran Allah kepada orang yang bertaqwa...semoga kita semua tergolong dari golongan orang yg diganjarkan Syurga...

Wassalam


No comments:

Post a Comment