Monday 16 April 2012

Membatalkan Niat Membunuh - Ali bin Abi Talib

Assalamualaikum....

Dalam Satu peperangan, Ali bin Abi Talib berlawan dgn seorang musuh (seorang Yahudi). Kerana Musuhnya yg sangat kuat, Saidina Ali menggunakan muslihat tertentu untuk mengalahkan musuhnya.Akhirnya musuh Ali tewas juga. Ali menindih dada musuhnya dan menghunuskan pedangnya.


Tiba-tiba musuh itu meludah wajah beliau sehingga basah. "Astaghfirullah" teriak Saidina Ali. Ali begitu marah marah sehingga merah muka beliau. Ali membuang pedangnya dan meninggalkan musuhnya. musuhnya itu pun hairan.

Musuh (Yahudi): " Mengapa anda lepaskan saya?"


Ali bin Abi Talib: "Aku hendak membunuh engkau kerana mempertahankan agama Allah. Tetapi setelah engkau meludah mukaku, aku sangat marah sebab hal itu menyinggung kehormatan diriku. Kalau aku jadi membunuh engkau selepas engkau meludah mukaku bererti aku membunuh bukan kerana Allah tetapi kerana dendam diriku sendiri."


Dalam riwayat lain Ali binAbi talib mengatakan: 


"Jika engkau menghina peribadi aku tidak lagi ikhlas membunuhmu kerana membela peribadiku tetapi jika engkau menghina agamaku engkau pasti akan kubunuh."


Begitulah mulianya sahabat Nabi saw. Sampai dalam perang pun menjaga hati/perasaan diri, agar semuanya kerana Allah. So mai lah kite sume adjust hati kita agar segala amal dan kerja kerana Allah...Semoga hidup kita semua diberkati Allah... Wassalam

No comments:

Post a Comment