Saturday 14 April 2012

Pujian Rasulullah - Abu Bakar As-Siddiq

Assalamualaikum...admin nak share macam mana Rasulullah memuliakan sahabat baginda...Khalifah pertama Islam selepas kewafatan Baginda.

Abu Bakar as-Siddiq atau nama sebenarnya Abdullah bin Quhaffah merupakan sahabat Rasulullah saw yg paling rapat dan paling disayangi Rasulullah. Ini bersesuain dengan sabda Baginda " Perempuan yang paling kucintai adalah Aisyah r.a, manakala lelaki yang paling kucintai adalah bapanya." Keperibadian Abu Bakar yang sungguh mulia dengan kemurahan hati serta kebijaksanaannya menyebabkan beliau telah dilantik sebagai khalifah pertama. 


Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar


Beliau merupakan tokoh perniagaan yang kaya dan datang dari keluarga bangsawan yg dihormati oleh masyarakat Arab Quraisy. Beliau lebih muda dua tahun dari Rasulullah saw. Pengorbanan beliau yg sgt besar dihargai oleh Rasulullah saw yang bersabda: "Islam tertegak di atas harta Khadijah r.a dan pengorbanan Abu Bakar r.a."


Beliau merupakan antara 4 orang terawal masuk Islam bersama Khadijah ra, Ali karramallahu wajhaha  dan Zaid bin Harithah. Selepas itu Abu Bakar ra terus berdakwah dan berjaya menarik beberapa sahabat yang agung (As-Sabiqun Awwalun) termasuk Uthman bin Affan, Abdul Rahman alAuf, Zubir al-Awwam, Saad bin Abi Waqas dan ramai lagi.


Keimanan Abu Bakar yang begitu teguh, Rasulullah saw menyatakan "Jika ditimbang iman Abu Bakar dengan seluruh umat, nescaya berat lagi iman Abu Bakar". Gelaran as-Siddiq yg digelar pada beliau kerana keimanan beliau dan beliau selalu percaya dan membenarkan apa yang dtg dari Rasulullah. Rasulullah saw bersabda: "Andainya sekalian manusia mendustakan Nabi Muhammad saw juga, Abu Bakar yang akan tampil dengan penuh keyakinan membelaku."


Begitulah Rasulullah memuji dan memuliakan sahabat Baginda Abu Bakar as-Siddiq....


Wassalam...


No comments:

Post a Comment