Thursday 12 April 2012

Tak sanggup menggambarkan(Akhlak Rasulullah saw)

Assalamualaikum....
admin nak share kisah yg admin bace dlm buku....hayatilah kisah ni....


Setelah Rasulullah wafat, seorang Arab Badwi menemui Umar ra dan berkata, "Ceritakan padaku akhlak Muhammad".  Mendengar permintaan itu Umar pun menangis dan tidak sanggup berkata apa2. Dia menyuruh arab badwi tersebut jumpe Bilal bin Rabah. Setelah ditemui dan ditanya soalan yg sama, Bilal pun sama situasinya macam Umar. Menangis dan tak sanggup menceritakan apa2. Bilal pun suruh berjumpa dgn Ali bin Abi Talib.



Arab badwi tersebut pun hairan. Kenapa Umar dan Bilal tidak boleh cerita apa2 tentang akhlak Nabi  Muhammad saw? Mereka kan sahabat rapat Rasulullah. Maka Arab badwi pun bertanya dgn Ali. Dengan linangan air mata Ali menjawab.


Ali bin Abi Talib: "Ceritakan padaku keindahan dunia ini."


Arab Badwi: "Bagaimana mungkin aku dapat menceritakan segala keindahan dunia ini?"


Ali bin Abi Talib: "Engkau tak sanggup menceritakan keindahan dunia padahal Allah telah berfirman bahawa dunia ini sungguh kecil dan hanyalah gurau senda belaka. Bagaimana aku dapat menggambarkan Akhlak Muhammad sedangkan Allah telah berfirman bahawa sesungguhnya Muhammad memiliki budi pekerti yang agung!"



Ertinya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang besar(Mulia).
(Surah Al-Qalam: 4)

Badwi tadi pun menemui Aisyah ra, isteri Rasulullah yang dipanggil "Khumairah". Aisyah kemudian hanya menjawab: "Khuluquhu al-Quran (Akhlaknya adalah al-Quran)". Arab badwi itu masih tidak berpuas hati. Kerana susah sekali hendak melihat seluruh al-Quran untuk memahami akhlak Rasulullah. Siti Aisyah menyarankannya dgn membaca dan menyemak surah Al-Mu'minun ayat 1 hingga 11.

Ertinya:
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman 
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang;
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi-
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.


Arab badwi tersebut ingin tahu dgn lebih mendalam dan bertanya: "Apakah perilaku paling indah dalam hidup puan sebagai isteri seorang Nabi?"

Siti Aisyah pun bercerita: "Semasa aku dan Rasulullah sudah berada ditempat tidur suamiku berkata, "Ya Aisyah, izinkan aku untuk menghadap Tuhanku terlebih dahulu." Demi mendengar perkataan itu hatiku sangat bahagia sekali. Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang isteri kecuali seorang suami yang memberikan kasih sayang, perhatian dan rasa hormat, manakala dirinya sentiasa mengingati Tuhannya."

Selain itu Aisyah juga bercerita pada suatu pagi menjelang subuh Aisyah mendapati suaminya tiada disampingnya. Siti Aisyah mencarinya dan menemui suaminya tidur didepan pintu rumah. Rasulullah terbangun kerana bunyi pintu dan Aisyah pun bertanya:

Aisyah ra: "Mengapa engkau tidur disini, wahai suamiku?"

Rasulullah: "Aku pulang sudah larut malam. Aku khuatir mengganggu tidurmu lalu aku tidak mengetuk pintu. Itulah sebabnya aku tidur di depan pintu."

Itulah keagungan akhlak Rasulullah yg tidak boleh digambarkan hanya oleh seorang sahaja. Setiap sahabat Baginda memiliki kenangan yang berbeza-beza tentang kemuliaan akhlak baginda. 

Itu sahaja dapat admin kongsi kali ini....moga jadi contoh dan tauladan....Hanya Rasulullah yg layak jadi contoh dan idola...semoga kita semua dalam keredhaan Allah....Wassalam...

No comments:

Post a Comment