Wednesday, 15 August 2012

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA


Ertinya: 
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku
suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam
bara api".

H.R. Tirmizi Keterangan Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang
hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan
tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya
terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak
membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada
disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang
dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan.
lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di
samping tidak mendapat kemudahan.

No comments:

Post a Comment